Monday, November 29, 2010

siri pertama..kursus team building jpa kt TEKAM RESORT FELDA RESIDENCE

tepat 8.30 pg..kami diminta berkumpul di depan bgunan c1,,Aq pown dgn tercungap2 nye mmbwe beg yg kurase amat berat..aq bwe 2 beg jer..beg sandang n beg kampung..tp berat nye leh mcm bwe bom..mlm td, aq bru m'pack brg..bese lar..last minute..hehhe
kami memulakan perjalanan stelah smuanya berkumpul..nak dijadikan cerita ade sebuah beg yg x diketahui si pemiliknya berada di kwsn kami..ade sorg kakak tuh mmberi pngumuman n bertanye..spe punye beg beso nih..tibe x lama kmudian dlm 5 minit..ade sorg lelaki dtg..err2..tuh beg sye..yg laen pun terkejut...die pun ckp lgi..bs nih nk p Port dickson kan..si kakak tuh pun jwb..err..xlaa.kami nk p pahang..Lok alaah..rupenye bdk lelaki tuh tersalah bas..die pon dgn rileknye..blah dgn selamba..kitorg y kt dlm bs nih dah ketawa2 dahh..ape daaaaa

Tuesday, October 5, 2010

seharian di opiss

dh masuk 3minggu aq kerja kt opis gomen nihh.. aq rase berlainan skali ngn nk dibandingkan mse aq kje swasta dlu..klu dlu, aq sorg2 jer kt opis..skrg ramai pulak owgnye..bile rmai owg..kne laaa kite cover2...hahha

wlupown aq budak pks bkn pkerja tetap..tp kene laa jaga imej..hehehe..kdg2 aq terpkir..nape laa susah sgt nk masuk gomen nih..tp klu dah rezki n usaha..insyallah dapat..Allah tuh maha penyayang..aq sentiasa pegang kate2 itu...

sebenarnye aq x tahu nk cerita ape kt blog aq nih..aq taip nih pown saje2 nk update spya ianya ade perubahan sedikit..hehhe

semalam..niat di hati nak cari kerja part time kt alamanda tetapi...hujan plak..aq n member pown x terpaksa berpatah balik sbb elak dari basah..huhuh..lom de rezki untuk smlm..moga2 ari2 nih..aq dpt g..bosan gilew dok umh..xde bnde nk wat..dh laa BROadBnd aq x de disisiku..huhuhu..

ari nih kan..aq nk citer sikit..a.man yg dok sbelah aq tu bawa buah pelam..siap dah potong..best gile..terigt aq mase ok umh sewa dlu2..smua budak opis ngn aq skali smua makan dgn bseleranya cicah dgn pencicah nye..sedap sehh..ari nih mmg byk rezki toll..tghari nih plak ade jamuan sbb ade org nk bersara..diorg nih mcm tahu2 je bdk pks mcvm kitorg lom gaji lagi..save laa jugak aq hari nih....hehhe..alhamdulillahh..

ALLAH ITU MAHA PENYAYANG..

Thursday, July 15, 2010

Bile batuk saya mule dtg?



batuk menurut rujukan yg saya baca dari blog lain bahawa proses menyingkirkan bahan asing sama ada kahak,
lendir ,debu mahupun asap yang mengganggu saluran pernafasan asas. ia nya juga mpunyai faedah iaitu membersihkan
paru-paru daripada lendir atau mukus y tidak diperlukan dan boleh menjejaskan kelancaran proses pertukaran udara
ketika bernafas.

~patutlah.aq selalu batuk..tp mmg kronik laa time nak kronik tuh..selalu mengganggu aktiviti harian aq..
mse kuliah pon, aq x boleh tahan klu sejuk..msti p tandas..nk keluarkan lendir kt mulut..huhuhu..memg sakit woo.kdg2
sampai berdarah..mate dah merah tuh cam selalu jer..letih sgt klu dh mule batuk tuh..mcm nk buang sesuatu ttp sakit...
huhuh..

smpai pensyarah time tuh pelik2 jer tgk aq...dulik haper,,yg penting aq selesa..pd mulanya aq tertnye2 jugak..nape aq
punye batuk lain mcm n x spt org len..aq pon wt kajian dr tnet..rupenye aq mmg selalu terhidu asap dr knderaan dan asap yg len..

klu time tdo..lg laa..kdg2 aq terbgun n x bleh tido dsbbkn batuk. smpt aq terfikir..nape laa batuk time2 best nih...

skrg nih aq kje..byk kene ckp ngn geng2 adam..yg x tahannye..diorg nih kuat merokok.susah sgt ker nk tingglkan rokok tuh..
diorg nih nk mmbunuh diri sndiri agaknye..klu nk bnuh dri sndri jer x per..tp menurut kajian org y terhidu asap rokok dr org laain
adalah lebih berbahaya dr perokok yg menghidu asap rokoknye sndiri...so kire bleh effect kt aq laa tuh..lg teruk..huhu
aq klu boleh xnk dekat dgn diorg..tp atas tuntutan kerja, aq terpaksa bgaul dgn diorg utk selesaikan tugas..bile balik dr kerja jer..
batuk aq dh menyerang..huhu..smpai skrg time mnulis bnde nih pon aq dh 3 kali ke sinki tuh..~

Tuesday, July 13, 2010

macam3 org

huhuhu..smlm kene marah ngn org yg x faham tugas pembanci.

Monday, July 5, 2010

apa itu kerja?

kerja adalah perkara yang dilakukan oleh manusia untuk dirinya atau orang lain..pekerjaan adalah kerja yg dilakukan oleh manusia dengan tenaganya sendiri..tiap2 yg kita lakukan adalah kerja kita..pekerjaan yang baik membuahkan hasil yg baik..ada yang buat kerja dengan bersungguh2 dan ada yang buat kerja sambil lewa(makan gaji)...org yg kuat kerja dikatakan sbg workaholic dan mudah mendapat penyakit(aq rse r)..ade jugak betul bile seseorg sgt mnumpukan kerjanya dan x mmentingkn kesihatnnye..

~tibe2 jer nk ckp psl nih~
hr nih..aq keje pkul 4..wah best nyer...bleh men smbung2 tido..wlupun kekdg aq xsuke...tp skjp jer...hehehe..hari ini adalah hari first BANCI PENDUDUK..

Monday, June 28, 2010

first kje lps study...(pembanci)

pagi2 lg aq dh bgun..jam mnunjukkan 5.22am...huh..letihnye mata...rase nk teruskan je mimpi indah tadi..alangkah bahagianya
..(mimpi aper)..mne leh citer..musti r rahsia..dgn kudrat yg ade,aq cube kuatkan semangat dan bertye kt diriku yg tgh mamai..erk ..ko x igt ke ari nih hr pertama kje..waaa..cepat2 aq bangun capai ape yg patut ke bilik air..dah ler aq x tahu jln ke tempat kursus tuhh..lps siap jer persiapan diri...aq pon cpt2 refer kt pembantu aq(google map)..tgk punyer tgk..mcm sng jer jln die...mintak2laa aq x sesat..

bile jam 6.40 am..aq start moto..takutnye tgk langit..gelap semacam jer,,mintak2 la x hujan..aq ckp dlm ati..huhu
aq pon laa mule laa bergerak..kebiasaannyer..aq suke lalu shortcut..tp mgenangkan bahaya..aq lalu jer jalan yg jauh tp selamat..aq bawe
mcm bese..100-120 jer..sesampai jer kt simpang PICC..jam dh mnunjukkn 7.12..cept jugak yer aq sampai putrjya nih..jeling punye jeling.. lega btul aq
bile nampak signboard presint 16..pastuh ade simpang..erkk..nak lalu mne yer..tetibe aq terpandang kt tepi jln ade makcik jual kuih..aq pon wt eksyen nak beli..
lps jer aq byr..aq pon tnye..mcik tumpg tnye..(ayt biase aq)..kt mne ekk..pusat kejiranan presint 16..mkcik tue pun mberi arahan dgn semangatnyer..
bagus betul makcik nih..aq ckp dlm ati..smgt nk bantu org mcm aq nih..hehehe

biler dh smpai jer..fuhh lega..alhamdulillah..aq selamat tiba tempat kursus pembanci dkt pusat kejiranan presint 16..berdebar nye ati nih..ntah ape laa kje yg aq kne wt nant...



Monday, June 21, 2010

GENERASI MUDA DIPERLEKEHKAN

Membina modal insan - intelektual, kreatif dan inovatif - bukanlah mudah. Satu daripada langkahnya ialah mewujudkan iklim yang kondusif untuk pembangunan insan bersepadu di pelbagai peringkat seperti sekolah, universiti dan institusi belia.

Ketika melancarkan Malaysia Inovatif 2010 (MI2010) pada 27 Januari lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengatakan bahawa penuntut harus diberikan kebebasan untuk berfikir secara kritikal dan disokong oleh persekitaran yang interaktif. Ini bagi mewujudkan ekosistem yang mengupayakan budaya kreatif dan inovasi yang melibatkan segenap lapisan masyarakat dan bidang.

Majoriti guru, pensyarah dan pengurus belia serta pemimpin sekolah, universiti dan institusi belia komited dengan agenda ini. Bagaimanapun, malangnya, terdapat juga keadaan-keadaan yang sebaliknya, di mana sesetengah orang muda bukan sahaja tidak disediakan dengan iklim yang kondusif itu, malahan terdapat mereka yang diperlekehkan.

Sesetengah pihak menganggap gejala memperlekeh orang muda jarang berlaku. Tetapi, oleh kerana keunggulan jarang berlaku jika dibandingkan dengan kehambaran, maka, perkara yang jarang berlaku usah dipandang ringan. Sebenarnya, ia dianggap jarang berlaku kerana ia jarang dilaporkan atau dibincangkan dengan terbuka.

Namun, jika dilihat komentar tentang hal ini dalam facebook saya, maka ia tidaklah sejarang yang dijangka. Di samping itu, sesetengah orang tidak faham akan makna memperlekeh orang muda, lalu mengatakan yang gejala ini jarang berlaku.

Gejala memperlekeh orang muda muncul dalam beberapa bentuk.

Pertama, orang muda dilemparkan dengan kata-kata kesat dan sindiran. Contoh yang berlaku di sekolah ialah, "saya tak peduli awak siapa", "budak kampung", "saya tarik balik restu saya sebagai guru", "saya makan kasut kalau awak lulus" dan "awak berdoalah sajalah".

Contoh di universiti ialah, "mahasiswa tidak matang", "mahasiswa masih berhingus", "belum lulus universiti dah nak cakap pasal politik", "sudut pidato pasti berkubur", "awak siapa nak berhujah dengan saya? Saya profesor" dan "aku pegawai, atau engkau pegawai?"

Contoh dalam gerakan belia pula ialah, "awak pemimpin masa depan, sekarang ni jangan campur urusan kepimpinan", "kalau bukan wakil rakyat tak mampu memimpin persatuan belia" dan "idealisme tahi kucing".

Kedua, orang muda dikenakan peraturan atau hukuman yang keterlaluan. Terdapat kes pelajar sekolah yang telah pun selesai menjalani hukumannya, tetapi terus tidak dibenarkan mewakili sekolah/rumah dalam kokurikulum atau membuat persembahan pentas atau keluar ke bandar (jika di sekolah berasrama) hinggalah tamat persekolahannya. Ini bermakna beliau dihukum dua kali. Ini bertentangan dengan prinsip keadilan yang termaktub dalam Artikel 7 Perlembagaan Persekutuan yang menegah berlakunya "dwi-dakwaan".

Di universiti, terdapat kes mahasiswa yang dianggap bersalah (sebelum diadili), tetapi akibat tidak dapat dibuat pertuduhan kesalahan yang spesifik, maka beliau dihadapkan juga ke lembaga disiplin atas pertuduhan yang tidak munasabah seperti "menjatuhkan nama baik universiti". Justeru, tidak dapat dibayangkan sejauh manakah ketidakadilan yang berlaku sebelum Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dipinda pada 2009.

Dalam gerakan belia, pernah terdapat dua buah badan gabungan Majlis Belia Malaysia (MBM) dinafikan hak peruntukan kewangannya semata-mata kerana berbeza pendirian dengan pemimpin atasan agensi kerajaan yang berkaitan.

Ketiga, bakat orang muda dibunuh. Terdapat pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang mewakili negeri dalam sukan yang kelengkapannya tidak terdapat di sekolah, seperti squash, boling dan renang, yang ibu bapanya bersedia berbelanja sendiri untuk jurulatih dan latihan di luar, kerana memahami yang sekolah tidak mampu menyediakannya. Malangnya, sudahlah sekolah tidak menyediakan kemudahan pengangkutan, dan ibu bapa menyediakannya sendiri, pelajar berkenaan disukarkan pula mendapatkan kelulusan untuk pergi berlatih.

Terdapat idea atau program yang hendak disampaikan atau dilaksanakan oleh mahasiswa dikekang, kerana mahasiswa itu dilabelkan sebagai pembangkang. Lebih dahsyat lagi, idea atau program tersebut diberikan kepada mahasiswa lain untuk melaksanakannya. Dalam kes lain, oleh kerana tidak faham akan kepentingan sesetengah kokurikulum, seperti debat dan bola keranjang, maka, ia kurang disokong.

Terdapat idea daripada pemimpin belia yang tidak diendahkan kerana beliau tidak bergelar, berharta atau berjawatan tinggi. Anehnya, idea itu kemudiannya digunakan oleh pemimpin agensi kerajaan (yang menolak idea tersebut), tetapi tanpa sebarang pengiktirafan kepada pemimpin belia itu.

Keempat, orang muda tidak dibolehkan berbeza pendapat. Jika berbeza pendapat, pelajar tidak diberikan restu, mahasiswa dilabelkan sebagai pembangkang, manakala belia dituduh hendak tunjuk pandai.

Dan kelima, suara orang muda dinafikan. Terdapat pelajar yang telah dipilih oleh persatuannya menjadi ketua, tetapi dipaksa oleh sekolah supaya melepaskan jawatan kerana kononnya prestasi akademiknya buruk. Tetapi, syarat akademik itu tidak wujud ketika pemilihan dibuat, dan pelajar itu tidaklah buruk prestasinya. Lebih kasihan ialah pelajar itu telah pun bekerja keras mengetuai persatuannya untuk satu tempoh masa yang signifikan, termasuk berjaya mengumpulkan sejumlah besar penajaan bagi persatuan.

Terdapat mahasiswa antarabangsa yang telah dipilih menjadi Presiden Majlis Perwakilan Pelajar sebuah institut pengajian tinggi (IPT), tetapi dipaksa oleh IPT itu supaya melepaskannya kerana kononnya jawatan itu hanya boleh dipegang oleh mahasiswa Malaysia, sedangkan syarat itu tidak wujud.

Seorang Presiden MBM pernah dinafikan haknya berucap seperti yang sepatutnya di Perhimpunan Hari Belia Negara.

Tetapi, bukan orang muda sahaja yang berhadapan dengan gejala ini. Ada guru debat yang berjaya lima tahun berturut-turut membawa pasukannya ke pertandingan akhir, dan tiga kali menjadi johan, tetapi, bukan sahaja tidak mendapat sokongan daripada sekolahnya, malahan, lebih teruk lagi, beliau diberikan markah rendah dalam laporan penilaian prestasi tahunan kerana kononnya debat tidak termasuk dalam sasaran kerja tahunan.

Ada pensyarah yang menjalankan tugas hal ehwal pelajar (HEP) dengan cemerlang, tetapi tidak mendapat penilaian prestasi yang sewajarnya kerana kerja-kerja HEP tidak diiktiraf oleh ketuanya.

Ada pegawai belia yang begitu komited, yang sanggup bekerja tanpa mengira masa dan tenaga, tetapi tercicir dalam pengiktirafan kepada pegawai lain yang pandai mengampu atau mempunyai talian dengan orang besar.

Gejala buruk ini mesti dihentikan segera. Oleh kerana ia berlaku di peringkat akar umbi, maka, Menteri dan pegawai tinggi sahaja tidak mampu menanganinya. Ia memerlukan keberanian sosial setiap seorang daripada kita untuk merubahnya.

petikan dari tulisan Datuk Saifuddin Abdullah..laman web khidmat belia..



~semua orang ada salah..semua orang ada silap...mengapa perlu dipandang dari sudut yang negatif sahaja..Whatevapun..kita sebagai belia perlu openminded dan menganggap semua kritikan adalah satu anjakan paradigma untuk kita lebih berjaya..~

Baru-baru ini, aq telah buat aduan kepada E-ADUAN melalui email..aq memang dah lama nak hantar email itu..aq berharap orang yang terlibat mendapat hukuman yang setimpal..Aq yang tahu ttg perbuatan si penjenayah ini rasa sgt menyesal kalau x buat aduan..rase macam bersubahat pula...Aq dah rase lega slpas aq tekan butang send at email aq..tanggungjawab aq sbg orang yg mengetahui kegiatan si penjenayah tersebut telah dilepaskan..Alhamdulillah..


Sunday, June 13, 2010

iLmu tentang J2EE


J2ee adalah tool untuk membangunkan web service..
dikembangkan oleh sUN mICRO SYSTEMS.
Ianya adalah sebuah aplikasi yg menggunakan java.
Komponen j2ee ditransformkan mjadi bytecode dan diexecute oleh JRE pd saat runtime.


kursus anjuran MDEC
menggunakan Software netbeans..

HARI PERTAMA
-kami belajar ttg
1.what is web application,web browser,

2.Code yang berkaitan dgn programming language
-HTML-PHP-XML-Java Script-Java EE-Flash

3.cONtohnya aplikasi yg menggunakan J2EE
1.Management Application 2.Banking Application

anak sedara ku yg comey





Pengalaman pertama ku iaitu dapat menyaksikan keperitan seorang ibu dalam melahirkan bayi pada malam pembukaan FIFA world cup 2010..


Pada pukul 6.30 ptg,Tiba-tiba tergerak hatiku ingin bertanya kepada kakakku ttg keadaannya dgn sms..aq yang sememangnya risau dgn keadaan akk keseorgan dirumahnya dlm keadannya yg sudah masuk 9 bulan 2 minggu..kakakku pun bls dia sudah rase sakit2..Aku mula rse x sedap hati dan terus mcapai kunci motor aq dan bersiap ke Kajang..Aq memandu dgn berhati2 dan berharap tiada perkara buruk berlaku pd diriku....Walaupun aq memandu scr laju ttpi aq masih igt dgn org di sekeliling aq...Perjalann dr nilai ke kajang mngmbil mse 40 minit..oklaa tuh..motor jew
Tiba di rumah akk ku..abg amin kulihat bergegas menyiapkn persiapan utk ke hosp...
Aq dgn segera mndptkn kakak ku.. dan memapahnya ke kereta..kemudian kami bergerak ke hosp PUSRAWI terletak di bandar Kajang..Kakakku sudha mula menjerit2 kecil dan mngerang kesakitan..sepanjng perjlnn aq berdoa spy kami dpt smpai ke hosp dgn segra..

Akhirnya di hosp tersebut, kakakku mula sakit teramat sgt..Rupa2 nya rahim kakakku sudah terbuka 6cm..Stgh lagi nk terbuka..Dlm mase 2 jam,Aq dan abg Amin memberikan kate2 semgt buat kakakku..kakakku mula kepenatan dan tiada tenaga untuk meneran lagi..aq x putus2 memberikn smua kate2 yg kurse kan boleh mniupkan smgt juang kakakku..rupa2nya kakakku tidak makan dr tghari td..
Aq nasihatkan kepada ibu2 di luar sana-supaya jagalah pemakanan supaya anda lebih bertenaga dlm proses bersalin..
Doktor mencadangkan supaya divakum krn takut bayi lemas..Slepas ituuu...



Alhamdulillah tepat jam 09.23 pm ..dOktor terus meletakkan bayi yang masih berdarah tuh keatas badan kakakku..Aq mula teruja dan terkejut kegembiraan..BABY tersebut tersgt la comel..Badannya yang masih diselaputi plasenta dan lendir tersebut di bersihkan oleh nurse tersebut..die memberikan baby tuh kpd aq...Wow..aq dulu yang mendukung sblum org lain..wow..bestnye..Tgn ku dpt memegang bayi baru lahir.aKHIRNYA BAyi tersebut dinamakan NURRAIHANA BT MOHD RUHUL AMIN.
sedap jugak nama nih yer fikirKu sendirian..

Saturday, April 10, 2010

my fwen




dpn..aq,k.umi,yati,kfatihah,kraihan,kbaiti,knisah,k.ekin,kjannah,k.aisya
tgh..una,finaz,nadia,k.Ayu,nadila,kmilah,kdja,kAs,khuda,minah,kzath,kyong,kfatihah,kfarah,k.aini,kmini,kbha
blkang..ziera,sai,syfa,kyah,kyam,kshal,ksal,kliza,kpuja,ziza


<<<<>>>>

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap diarus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ketangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah dinusantara


P/S:
lagu uni ku dedikasikan kepada semua rakan-rakan agar korang lebih bersemangat menghadapi exam final ini..apa yg penting 'KERJASAMA' yer kwn2!!

Teringat lagu nih..

lagu ni ada sejarah paling penting dlm hidup ar aq..
masa tuh..aq darjah satu..satu rawa..Sek Keb TMN PERLING..cikgu yang pakai spek yang ajar matH tuh xtahu nak ajar apa hr tuh..
die pon ckp.."ada sesapa nak nyanyi?"..aq pon dengan sengalnyer..ntah mcm mane..tgn aq terAngkat..
aq pun nyanyi lagu tuh dgn penuh perasaan wlupun xtahu makna ape pon lagu tuh..
tiBe2 lps nyanyi baru,aq rase..ishh..pesal laa aq gatal2 angkt tgn td..cikgu tuh pun bukn maen suke tepuk tgn dgn pelajar laen...
hahha..klakar betul time tuh...






ukays-seksa


Kemana bintang beribu
Di malam ini
Tiada satupun yang kelihatan
kecuali kelam

Mungkinkah hujan kan turun
Menemani malam
Makin sepilah malam ku ini
Tiada teman bicara

Walaupun lenaku panjang
Tiada mimpi bertandang
Menghitung hari berlalu
Seksanya aku

Walaupun masih teringat
Kau jauh entah dimana
Sudahnya ku duakanmu

Dan tak ku duga kau jelma pula
Menagih lagi janji lama
Sukar bagiku untuk terima
Kehadiranmu untuk bersama
Kali kedua

Tak perlu kau menjelma lagi
Nyata atau mimpi
Kerna bagiku
Semua yang berlaku
Biarkan berlalu
Jangan pula nanti
Kau salahkan aku
Kerna meninggalkanmu

Tuesday, April 6, 2010

jAVA..Owh java..

td ade labtest java..sungguh memenatkan otak..but huuhuu..stiap kali aq masuk kls java..mesti otak aq jd blur3..ape nak jadi dahh..x langsung berusaha untuk capai kejayaan...latihan inheritance,construction,loop and istilah yg bombastic ini sdah ckup mmeningkan aq..ade 1 soalan yg xdpt jawab..dh hbis mase..geram btul....
aq kagum dgn semangat prof yang tinggi dlm mempljari ilmu java ini..Katanya buat sesuatu kerana Allah..pasti akan diberikan jalan yg mudah untuk berjaya...adakah aq termasuk golongan ini?huhu
hari2 terakhir aq di universiti ini semakin dekat..ohw tuhan..jauhilah aq dari sifat malas dan leka..

Saturday, April 3, 2010

catch eye

http://www.catcheye.com.my/?r=91854

klik di atas jika anda ingin menceburi bidang pengiklanan yang lebih terbaru dan pantas.....

begitu laa ura2 yg aq dgr dari umh blog org lain...
byk rupenye peluang secara online nih..klu tuan2 puan2 nk tahu..
cume kite saja yg bisa memilih..katakan x nak jika xnak..
klikkan link jika nak....

kisah pelam umh aq..

musim mempelam tiba lagi..mulanya aq xsedar musim nih dtg..slps aq berjln-jln dgn seorg sahabat d psr mlm..aq terfikir nape laa rmai sgt jual buah(mempelam) nih..patut r, pokok pelam kt blakang umh aq berbuah byk giler dr biase..dgn rezki yg ade,aq membrikn kpd peminat2 pelam (k.nik,faezah yasir,syafa n laen2)..aq mmg suke wt kerabu mangga..aq mst pilih yg cantik2 x tua n xmuda..n dgn sabarnya aq memotong halus2 gune pisau..mmg syok betul dpt mkn kerabu tuh ngn nasi n ikan goreng..mkn ala kadar tp mmg sedap..biase la dok umh sewa biase2 je dlm bab mkn...aq bersyukur wlupun tuan rumah nih x mnjaga kbajikan kami..tp 2 pokok yg berbuah iaitu pokok jambu air n pokok pelam(besar giler) sudah cukup utk buat aq rase gembira.alhamdulillah..

Friday, March 26, 2010

MTEST KU....

ESOK..

Ingat kn aq dh xde harapan lagi utk mtest nih..rupanya kerajaan menapis kemasukan pemohon2 KPLI- SR...Bagus rupanya teknik yg kerajaan buat..

aq yg kini bertungkus lumus membuat latihan matematik yg dh lame aq xbuat..spm dlu pun,, sbaik aq lulus..sok nk p ke kajang...waaa..mintak2 laa Allah permudahkan jalan ku..aminn...

SEK MEN KEBANGSAAN SAUJAN IMPIAN..nantikan kemunculan aq disanaa....

Tuesday, March 23, 2010

langkah pertama adalah langkah seribu..itulah kata-kata sahabat yang aku masih ingat..sahabat yang kumaksudkan tersebut adalah rakan yang pernah aku kenal di u..kiraku masih terfikir-fikir apakah kebenaran di sebalik kata-kata tersebut..